Tuesday, March 25, 2014

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PEGAWAI ARKIB GRED S41

banner

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Saya rasa sekarang sudah pasti ramai yang telah mendapat surat panggilan untuk menghadiri peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib Gred S41. Peperiksaan/exam bertulis ini akan berlangsung pada 1 April 2014 (mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (SPA) di laman webnya). Mungkin juga ada yang masih belum menerima surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai peperiksaan ini. Bagi yang masih lagi belum tahu status untuk menghadiri peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib S41 ini, anda boleh semak status anda secara online pada butang di bawah:
 Semak Status Calon Anda!
Bagi yang sudah pun mengetahui status mereka sebagai calon untuk peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib S41, sudah pasti anda mahukan panduan dan contoh-contoh Soalan peperiksaan/Exam Pegawai Arkib S41 ini. Khas buat anda calon-calon yang akan menduduki peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib Gred S41, kini anda boleh mendapatkan Panduan Khas Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41 bagi menbantu anda menbuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan itu nanti.
Untuk mendapatkan panduan khas dan contoh soalan peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib S41, pembelian boleh dilakukan dengan link di bawah ini:
Suka saya ingatkan kepada anda calon-calon yang akan menduduki peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib S41 bahawa ini bukanlah soalan bocor Pegawai  Arkib S41 daripada pihak Suruhanjaaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ini hanyalah sebagai panduan dan rujukan anda untuk bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan ini nanti.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB GRED S41

Format peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib Gred S41 adalah sama seperti peperiksaan bertulis gred S41 yang lain. Tidak banyak perbezaan daripada peperiksaan gred S41 yang lain. Berikut merupakan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan/Exam Pegawai Arkib S41:
  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris
Seksyen-seksyen ini akan mencorakkan jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib S41 nanti. Jika anda merupakan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan/exam bertulis Pegawai Arkib Gred S41, anda perlu baca artikel yang saya kongsikan kepada anda ini.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41 2014
Di bawah saya kongsikan kepada anda maklumat dan beberapa contoh soalan Peperiksaan/Exam Pegawai Arkib Gred S41 sebagai gambaran awal kepada anda. Harap anda dapat gambaran mengenai bentuk soalan-soalan yang mungkin akan ditanyakan di dalam peperiksaan ini nanti.

SEKSYEN A: PENGETAHUAN AM
Masa  : 40 minit
Soalan: 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan akta, peraturan, standard dan prinsip pengurusan rekod, pentadbiran arkib, pemeliharaan bahan arkib, ekonomi, politik, dan agama serta isu-isu semasa. Kunci utama yang perlu calon titik beratkan adalah isu-isu yang memberi impak dalam sejarah Malaysia. Biasanya isu-isu seperti ini akan direkodkan dan disimpan di Arkib Negara untuk tujuan rujukan pada masa hadapan.
Antara contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Arkib S41 adalah seperti berikut:
Yang manakah antara berikut merupakan misi Jabatan Arkib Negara Malaysia?
I   Memastikan rekod negara yang bernilai kekal dipelihara
II Menyediakan perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan yang terbaik 
III Menugmpulkan bahan-bahan artifak
IV Memasyarakatkan bahan arkib dan sejarah
A. II dan III
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. Semua di atas
Jawapan: C
Antara berikut siapakah yang bukan merupakan Atlet Pelapis untuk acara Angkat Berat Sukan SEA XXVII Myanmar 2013?
A. Muhammad Azril bin Bidin
B. Constantine Clement
C. Mohd Hazril Huzairi Ramli
D. Farhan Uzair bin Mohd Fikri
Jawapan: D
Anda boleh mendapatkan panduan dan rujukan lengkap Peperiksaan Pegawai Arkib S41 di bawah untuk lebih banyak contoh soalan.

SEKSYEN B: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa  : 45 minit
Soalan: 40
Bahagian ini dipecahkan kepada beberapa bahagian utama seperti berikut:
  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data
  • Konsep Matematik
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN LOGIK
Dalam bahagian ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Antara contoh soalan Kemahiran Menggunakan Logik yang akan ditanyakan adalah seperti berikut:
Antara gambar di bawah, gambar seterusnya  ialah
Gambarajah
Jawapan: D
Teknik Menjawab:
Cawan di bahagian atas bergerak secara menurun.

Isikan nombor yang sesuai di hujung garisan bertanda S
Nombor S

Jawapan: A
Teknik Menjawab:
teknik menjawab nombor S
KEMAHIRANMENGINTERPRETASIKAN DATA
Calon akan diberikan beberapa soalan berkaitan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai jenis data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Antara contoh soalan Kemahiran Menginterpretasikan Data yang mungkin akan ditanyakan:
Jadual berikut menunjukkan jatuhan pin peserta dalam satu Liga Tertutup Boling Agensi ABC. Berapakah beza jatuhan pin antara pasukan 1 dan 3 pada bulan Februari dan MAc?
Jatuhan Pin
Jawapan: C
Teknik Menjawab:
teknik jawab jatuhan pin

Dalam carta pai berikut menunjukkan jumlah jualan tiket bas untuk empat bulan.
Carta pai tiket bas
Jumlah jualan ialah RM 9000. hitungkan jumlah jualan dalam RM bagi bulan September dan November.
A. 2600
B. 2860
C. 2900
D. 3150
Jawapan: D
Teknik Menjawab:
teknik jawab tiket bas
KONSEP MATEMATIK
Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik, ini tidak bermakna memberi kelebihan kepada mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Antara contoh soalan Kensep Matematik yang mungkin ditanyakan:
Sebuah kilang menghasilkan 800 unit mentol sehari. Kebarangkalian untuk sebiji mentol yang dihasilkan itu rosak ialah 3/400. Berdasarkan pengeluaran 20 hari bekerja, berapakah bilangan mentol yang dapat dijual?
A. 15780
B. 15790
C. 15880
D. 15980
Jawapan: C
Teknik Menjawab: 
20 hari X 800                       = 16000
Rosak 3/400 X 16000     = 120
Dapat jual = 16000 – 120 = 15880

Keluarga Saleh mempunyai 5 orang anak lelaki. Urutan umur anaknya dari yang termuda hingga yang pertama iaitu 2, y, (2y-2), (y+2) dan (y+4). Jika jumlah keseluruhan kelima-lima anaknya ialah 21 tahun, Berapakah umur anaknya yang tertua?
A. 8 Tahun
B. 7 Tahun
C. 6 Tahun
D. 5 Tahun
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
teknik jawab anak

SEKSYEN C: ESEI BAHASA MELAYU
Masa  : 60 minit
Soalan: 3 Jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan
Dalam seksyen ini calon-calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya:
Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

SEKSYEN D: ESEI BAHASA INGGERIS

Masa  : 60 minit
Soalan: 3 Jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan tidak dihadkan
Dalam seksyen ini calon-calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya:
Electronic government in Malaysia.
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

DAPATKAN PAKEJ RUJUKAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB S41

Dapatkan panduan dan rujukan soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41 anda sekarang. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada Pakej rujukan yang telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya ini. banyak yang telah mendapat manfaat daripada Pakej Rujukan Peperiksaan yang daripada Tim Infokerjaya ini.
Berikut adalah beberapa testimoni daripada pelanggan untuk Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan 2014:
Testimoni Pelanggan
Berikut adalah testimoni-testimoni pelanggan yang lain:
Testimoni Pelanggan2
Mereka semua telah mendapat manfaat daripada Pakej Rujukan peperiksaan ini. Sekarang giliran anda pula untuk mengubah nasib anda.
 Anda boleh merujuk mengenai cara-cara pembelian di SINI.

No comments:

Post a Comment