Monday, March 3, 2014

PANDUAN UMUM KETIKA HARI PEPERIKSAAN

PANDUAN UMUM KETIKA HARI PEPERIKSAAN



            Pada hari peperiksaan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh calon-calon yang menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Panduan ini adalah untuk kesemua peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diduduki oleh calon.

Berikut adalah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon:

1. Pada hari peperiksaam calon perlu membawa:
             a.   Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
             b.   Kad Pengenalan
             c.   Alat tulis seperti pen, pensel 2B atau BB, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang                         difikirkan perlu untuk menjawab soalan peperiksaan.

2. Calon perlu mematuhi arahan daripada Ketua Pengawas Dewan Peperiksaan.

3.  Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.

4.  Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon yang lain dan perlu mengangkat tangan jika            terdapat sebarang masalah atau pertanyaan.

5.  Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan        dimulakan.

6.  Jawapan hendaklah dibuat dalam kertas OMR bagi:
              Bahagian I - Seksyen A - Pengetahuan Am
                                    Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

7.  Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan mestilah sama seperti dalam Surat Panggilan             Menduduki Peperiksaan.

8.  Rujukan daripada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.

9.  Calon-calon mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan dan teratur semasa peperiksaan.

10. Wanita dilarang memakai pakaian yang menjolok mata.


            Diharap agar anda semua jelas dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh calon pada hari peperiksaan berlangsung.

Semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan yang anda duduki.

No comments:

Post a Comment