Sunday, March 2, 2014

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

            


Sebelum anda pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika kita mengenali dengan lebih lanjut mengenai jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ini. Ini akan membuatkan anda lebih fokus dan faham mengenai jawatan ini.

Tugas utama jawatan ini adalah bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna. Ini adalah tugasan utama  yang perlu dipikul oleh sesiapa yang menjawat jawatan ini.

Jawatan ini adalah dalam kumpulan jenis khidmat sokongan, yang mana beliau akan berkhidmat dalam salah satu daripada semua Jabatan Perkhidmatan Awam yang terdapat di Malaysia.


Berikut adalah jadual gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini:

GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 1746.00
RM 5104.00
RM 145.00

           
Bagi yang baru memohon atau calon baru, eloklah kiranya anda mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syarat-syarat lantikan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkihdmatan Awam (SPA). Berikut adalah syarat-syarat yang perlu anda penui untuk jawatan ini:

i.   Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM 1746.00]

ii.  Atau Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM 1820.89]

iii. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagi pegawai yang sedang berkidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dan memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti berikut:

                                                     
   i.            Mempunyai kelayakan di atas (seperti syarat kelayakan pemohon baru)
                                                   
   ii.            Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.


Diharap anda telah jelas mengenai tanggungjawab dan syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini.

Sumber: http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/2764


Dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 anda di sini.

No comments:

Post a Comment