Monday, March 3, 2014

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29



            Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika kita ketahui dahulu tujuan peperiksaan ini diadakan. Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon untuk mengaplikasikan segala maklumat yang telah dipelajari dan diperolehi daripada pembelajaran, latihan akademik, pengalaman dan bacaan yang berkaitan dengan jawatan yang diminta. Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah terdiri daripada pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas kerana terdapat calon-calon yang dating dari jurusan yang lain daripada Jurusan Teknologi Maklumat.

            Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk mengukur tahap kematangan calon agar sesuai dengan potensi dan kualiti sebagai sorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 yang ditawarkan.
            
Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga (3) kertas yang berasingan. Calon-calon dinasihatkan agar menunjukkan prestasi yang baik untuk ke semua kertas. Jika calon hanya cemerlang dalam satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon adalah tidak memuaskan. Akan tetapi, jika calon menunjukkan prestasi yang baik untuk kesemua kertas, maka prestasi keseluruhan calon adalah baik. Calon dinasihatkan agar tidak menumpukan kepada satu (1) kertas sahaja.



            Lulus peperiksaan ini tidak bermakna calon akan mendapat jawatan yang dipohon. Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia termasuk lulus ‘Assessment Centre’ akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Sumber: http://www.spa.gov.my

            Diharap agar calon-calon jelas mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 yang akan diadakan pada 8 Mac ini. Anda boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya bermula 3 Mac 2014.

            Seperkara lagi yang perlu anda ingat adalah jualan pakej ini HANYA berlangsung selama 4 HARI SAHAJA. Jualan akan ditutup pada 6 Mac 2014 pada jam 11:59 pm. Buatlah pembelian awal kerana anda akan mempunyai masa yang lebih untuk membuat ulangkaji soalan-soalan yang telah dipakejkan di dalam pakej rujukan ini.


            Tim Infokerjaya juga telah membantu ramai penjawat-penjawat awam mencapai impian mereka semenjak tahun 2009 lagi. Semoga anda juga dapat mencapai apa yang anda impikan. Dapatkan Pakej Rujukan ini sekarang.

No comments:

Post a Comment